Selamat Datang ke Blog Rasmi Taman Asuhan dan Bimbingan ADAI

etiqa Takaful Berhad


Kami merupakan Wakil Etiqa Takaful Am menyediakan perkhidmatan pembaharuan Takaful atau Insurans Kenderaan dan juga menyediakan perkhidmatan pembaharuan Road Tax Kereta Tanpa Geran Asal (melalui Mesin LKM MYEG) 

Oleh yang demikian tuan/puan tidak perlu risau dan menggelabah untuk memperbaharui Road Tax kereta sekiranya Geran Kereta (Car Registration Card) masih disimpan oleh pihak bank/finance atau tiada dalam simpanan tuan/puan disebabkan misplaced, hilang dan sebagainya. Tuan/Puan boleh dapatkan quotation untuk harga insurans atau takaful kenderaan tuan/puan secara percuma dari kami (no obligation) dan kami juga sedia membantu tuan/puan sekiranya ada persoalan yang ingin diajukan berkaitan dengan takaful kenderaan.

Adakah harga insurans kenderaan berbeza dari satu syarikat insurans dengan syarikat insurans yang lain? Pada dasarnya semua syarikat insurans di Malaysia mesti mengguna pakai Tariff Kenderaan Motor yang telah diwartakan atau ditetapkan oleh pihak Bank Negara Malaysia. Namun begitu, kemungkinan ada sedikit perbezaan harga insurans dari satu syarikat insurans dengan syarikat insurans yang lain disebabkan oleh loading (caj tambahan) yang dikenakan oleh sebahagian syarikat insurans ke atas umur kenderaan, umur pemandu, pengalaman pemandu, jenis kenderaan dan keupayaan engine (C.C). Sekiranya tiada loading yang dikenakan oleh mereka ke atas kenderaan tersebut, maka harga insurans kenderaan adalah sama dari semua syarikat insurans di Malaysia.

Apakah faktor-faktor yang diambil kira dalam pengiraan untuk menentukan harga insurans bagi setiap kenderaan? Setiap kenderaan harga insuransnya berbeza bergantung kepada Nilai Perlindungan (harga pasaran semasa kenderaan), nilai perlindungan cermin (windscreen), keupayaan engine (C.C.), umur kenderaan, umur pemandu dan pengalaman lesen memandu pemilik kenderaan tersebut dan berapa orang tambahan pemandu dibenarkan (named drivers) dan umur mereka. 
 Dua jenis perkhidmatan yang pihak  agensi kami tawarkan iaitu:-

 Perkhidmatan Secara Hadir terus ke Pejabat Agensi kami (Walk-In Customers):
  1. Sekiranya pelanggan hadir ke pejabat kami sebelum pukul 10.00 am, insyaAllah roadtax akan dapat petang hari yang sama dan sekiranya berlaku sebaliknya insyaAllah pelanggan akan dapat roadtax pada keesokkan hari.  Kami hanya memerlukan Salinan geran atau covernote dahulu atau notis pembaharuan daripada syarikat insuran terdahulu. Kelebihan bagi pelanggan yang mempunyai geran asal ialah ia tidak akan dikenakan caj tambahan sebanyak RM17.00 dan bagi roadtax kereta bernilai lebih RM800 caj tambahan sebanyak RM21.00
 Perkhidmatan Secara Online / Telephone Call ke pejabat agensi kami (Delivery Service):
  1. Tuan/puan perlu faxkan / emailkan salinan geran kenderaan atau salinan covernote atau policy atau renewal notice ke pejabat agensi kami.
  2. Kemudian Car Insurance Quoatation akan disediakan dan di email / fax kepada tuan/puan.
  3. Setelah bersetuju dengan harga insurans, road tax dan servis caj tersebut, pembayaran perlu dibuat ke akaun Maybank Berhad atau CIMB Islamic Bank Berhad syari atau Bank Islam berhad kami.
  4. Kemudian Insurance Covernote akan di fax atau di email kepada tuan/puan secepat mungkin dan kemudian Original Covernote tersebut akan dihantar ke alamat pilihan samada rumah atau pejabat tuan/puan.
  5. Jika Pembayaran tersebut dibuat Sebelum Pukul 10.00 A.M. penghantaran Road Tax Kereta akan dibuat pada hari yang sama.
  6. Jika Pembayaran tersebut dibuat Selepas Pukul 10.00 A.M. penghantaran Road Tax Kereta akan dibuat pada keesokan harinya.
  7. Road Tax Kereta tuan/puan akan dihantar "By Hand" ke alamat yang dipilih bagi pelanggan yang berada sekitar 3km dari Masjid Kg. Limbongan. Bagi pelanggan yang selain daripada yang disebut,  Original Insurance Covernote dan roadtax akan dihantar "By poslaju".
  8. Bagi kedua-dua perkhidmatan Pembaharuan Insurans Kereta dan juga Pembaharuan Road Tax Kereta, Servis Caj hanya akan dikenakan sebanyak RM20 (termasuk Caj Penghantaran) untuk setiap Road Tax bagi semua kawasan di Semenanjung Malaysia (The lowest Service Charge in Malaysia).

Syarat Tambahan :-
1.       Etiqa takaful Cuma membuat perlindungan komprehensif (1st party) ke atas kenderaan yang berumur 20 tahun dan ke bawah.
2.       Selebihnya perlindungan yang paling rendah adalah bila pelanggan mengambil perlindungan kebakaran dan kecurian (fire and theft) sahaja.  Perlindungan ketiga (3rd party) tidak ada.

No comments:

Post a Comment